Pantun Teka Teki
Dari jauh nampak menjalar,
Tempat
dituju sudahlah pasti;
Badannya panjang bukannya ular,
Berhenti
di stesen bukannya jeti.
1.Dari mana asalnya kuah,
Cair
dan pekat seakan susu;
Isi dimesin baru diperah,
Silalah
jawab janganlah membisu.
2.Buat kerja hati-hati sedikit,
Masa
memasang janganlah cuai;
Apakah benda panjang berbelit,
Diluar
getah didalam dawai.
3.Bila berpusing amatlah laju,
Sekali
tekan teruslah masuk;
Biasa diguna pada kayu,
Hanya
berputar tak perlu dietuk.
4.Pandai berenang seakan ikan,
Kulitnya
keras seakan topi;
Labi-labi bukan,kura-kura pun bukan,
Bertelur
di pantai hatinya sepi.
5.Bukannya jauh dekat sahaja,
Antara
hidung dengan telinga;
Jikalau cantik tentu dipuja,
Cubalah fikir apa
jawabnya.
6.Boleh ditolak berulang-ulang,
Usahlah
laju nanti terjatuh;
Apakah benda ke depan dan ke belakang,
Cubalah
jawab janganlah mengeluh.
7.Bukannya kapak bukannya parang,
Batangnya
lurus bukannya tiang,
Apakah perkakas dipakai orang,
Gunanya
untuk mengorek lubang.
8.Kalau dahulu gunakan buluh,
Zaman
sekarang banyak pilihan;
Semasa susah tak perlu mengeluh,
Di
dalamnya ada wang tambahan.
9.Panjangnya tidak pendek pun tidak,
Nampak
berbelit janganlah cemas;
Cubalah jawab jangan mengelak,
Pakai
di pinggang terasa kemas.
10.Cubalah fikri jikalau bijak,
Di
dalam hidup janganlah lalai;
Jam bukan gelang pun tidak,
Dua
tangan sekali pakai.
11.Camar
pulang di waktu petang,
Hati
melihat terasa sepi;
Apakah dia wahai Cik Abang,
Luas
terbentang tiada bertepi.
12.Dalam permainan selalunya ada,
Ia
ditiup bukannya dibedil;
Cuba fikir apakah benda,
Lambang
kuasa kepada pengadil.
13.Tak boleh diminum atau dimakan,
Simpan
ia janganlah lalai;
Apakah benda berilah jawapan,
Gunanya
membunuh serangga dan rumpai.
Jawapan:
1.Keretapi 7.Penggali 13.Racun
2.Santan 8.Tabung
3.Gerudi 9.Tali pinggang
4.Penyu 10.Gari
5.Pipi 11.Laut
6.Buaian 12.Wisel
No comments:
Post a Comment